Tuesday, May 28, 2013

PERMOHONAN HARTA INTELEK BUKAN PENDAFTARAN


SITUASI:
P: Puan Nazuha, saya dah pernah dah apply trademark saya, jadi maksudnya dah berdaftar la kan? 
S: Bila Puan apply trademark tu? 
P: Entah lah, saya pon tak ingat dah Puan. Tapi saya pergi la isi borang semua di kaunter. 
S: Boleh bagi no permohonan tak? Saya boleh tolong check kan status permohonan Puan.
P: No permohonan apa yer? 

Situasi ini banyak terjadi dikalangan usahawan ataupun pemohon harta intelek( terutamanya trademark) yang memohon sendiri.

Semua komponen harta intelek samada paten, trademark, rekabentuk perindustrian dll mempunyai beberapa peringkat  dalam mendapatkan sijil pendaftaran. Untuk post ini, point yang paling penting yang ingin saya tegaskan ialah PERMOHONAN SEMATA-MATA BUKANLAH PENDAFTARAN. 

Setiap komponen harta intelek perlu dimohon terlebih dahulu. Sebagai contoh, kita ambil situasi Puan di atas. Dalam kes di atas, Puan ini telah memohon pendaftaran cap dagangan (trademark) dengan pergi ke Myipo dan mengisi borang permohonan iaitu borang TM5 dan perlu membayar RM 370 sebagai fee permohonan. Selepas pembayaran dibuat, pemohon akan mendapat satu salinan TM 5 tersebut bersama dengan nombor permohonan. Kemudian Puan itu pulang ke rumah/ tempat perniagaan dan terus berniaga seperti biasa menggunakan trademark yang telah dimohon pendaftaran tadi.

Persoalannya: Apa terjadi dengan permohonan tadi? Adakah permohonan tadi telah memberi hak pendaftaran cap dagangan kepada Puan tersebut?

Jawapannya : TIDAK !! 

Setiap permohonan harta intelek perlu melalui beberapa peringkat pemeriksaan yang berbeza sebelum ianya diberi pendaftaran. Antara peringkat pemeriksaan utk trademark adalah pemeriksaan formaliti dan pemeriksaan penuh sebelum pihak Myipo mengeluarkan samada surat penerimaan atau surat bantahan. 

Jadi, kepada semua pemohon pendaftaran harta intelek, periksa dimana permohonan anda sedang bertapak. PERMOHONAN HANYALAH PERMOHONAN. IA TIDAK AKAN DIKIRA SEBAGAI PENDAFTARAN SELAGI ANDA BELUM MENERIMA SIJIL PENDAFTARAN . 

No comments:

Post a Comment