Saturday, May 25, 2013

APA ITU HARTA INTELEK



PENGENALAN KEPADA HARTA INTELEK.

Q: APA ITU HARTA INTELEK?

Apabila kita berbicara tentang harta, terdapat 2 jenis pengkelasan harta:
1- Harta Tak Alih. 
    - harta jenis ini adalah berbentuk hartanah, sebagai contoh tanah, rumah dan apa sahaja yang melekat  kepada tanah;

2- Harta Alih.
     - Harta alih kebanyakkan berbentuk persendirian dan terbahagi pula kepada 2 (dua):
        2.1 - Harta Alih boleh tampak - cth kereta, barang-barang kemas, perabot dll;
        2.2 - Harta Alih tidak tampak - cth adalah harta intelek.

Harta intelek secara definasi mudah adalah hasil ciptaan minda seseorang individu. Sebagai contoh, manusia menggunakan minda untuk mendapatkan idea ciptaan sesuatu barangan/ mesin, untuk menghasilkan hasil karya tertentu seperti lagu, kandungan buku cerita, lukisan dll, untuk menghasilkan rekabentuk dan penggunaan imej atau simbol.

Secara mudah untuk difahami oleh semua golongan masyarakat, harta intelek itu diberikan nama sedemikian 
kerana segala penciptaan sesuatu atau hasilkarya yg dihasilkan adalah melibatkan daya pemikiran atau keintelektualan seseorang. 









No comments:

Post a Comment