Saturday, June 8, 2013

PERNIAGAAN & JENAMA




Q: PENTINGKAH JENAMA KEPADA PERNIAGAAN ANDA?

Perniagaan? Apakah maksud sebenar perniagaan? Definisi perniagaan kepada setiap individu barangkali berbeza mengikut perspektif pandangan masing-masing. Pada saya, saya mentafsirkan perniagaan itu sebagai apa-apa aktiviti atau perusahaan yang dibuat untuk mendapatkan keuntungan. Perniagaan tidak bermakna ia mestilah sebuah syarikat, perbadanan, perkongsian, atau mana-mana organisasi rasmi, tetapi perniagaan boleh terdiri dari penjaja jalanan sehingga ke syarikat gergasi. 

Setiap perniagaan mestilah mempunyai produk/ servis yang ada untuk dijual bagi mendapatkan keuntungan. Seorang doktor yang membuka klinik, beliau akan menjual kepakaran beliau dalam bidang perubatan melalui khidmat nasihat/ konsultansi perubatan. Seorang pharmacist akan menjual ubat-ubatan yang beliau ada untuk mendapatkan keuntungan. Syarikat pembuat coklat akan menjual coklat-coklat yang dikilangkan untuk mendapatkan keuntungan. 

Jenama? Apa pula jenama? Jenama secara mudahnya boleh ditafsirkan sebagai nama/ simbol atau ciri-ciri lain yang digunakan oleh usahawan sebagai IDENTITI kepada barangan/ perkhidmatan beliau dengan tujuan untuk MEMBEZAKAN barangan/perkhidmatan beliau dari barangan/ perkhidmatan pihak lain. Identiti ini akan mempengaruhi penilaian pengguna terhadap fungsi dan harga emosi yang akhirnya akan memberikan  tahap pengertian terhadap produk atau perkhidmatan itu tadi. Ini seterusnya akan menambahkan nilai tanggapan pengguna/ pengusaha berkaitan terhadap produk berkenaan. Perhubungan emosi yang terjalin antara pengguna dengan produk/ perkhidmatan biasanya berkait rapat dengan nilai jenama produk/ perkhidmatan persebut.

Sebenarnya, jika dilihat secara mendalam, diri sendiri juga adalah berjenama. Siti Nurhaliza tidak mungkin sama dengan Nur Nazuha. Perbezaannya memang banyak ; samada dari segi nama itu sendiri, rupa paras, ketinggian, suara, tahap kelulusan akademik, kebolehan dan banyak lagi. Jenama ini memainkan peranan penting dalam melariskan produk/ perkhidmatan tersebut. Sekiranya saya, Nur Nazuha menjual album pada hari ini, apakah kemungkinan keuntungannya jika dibandingkan dengan Siti Nurhaliza menjual album beliau? Apakah emosi yang tercipta antara album saya dengan pengguna dan apakah pula emosi yang tercipta antara album Siti Nurhaliza dengan pengguna? 

Justeru, jenama ini memainkan peranan dan fungsi yang penting dalam sesebuah perniagaan. Untuk memastikan adanya emosi yang baik, kukuh dan hebat antara pengguna dengan produk/ perkhidmatan kita, strategi penjenamaan adalah penting. InsyaAllah kita akan bincangkan nya di post akan datang ... 

SAMB : KEMANA HALA TUJU PERNIAGAAN ANDA ? KISAH MAK JEMAH & JUS ASAM MAK JEMAH

Post ini adalah sambungan kepada kisah Mak Jemah dan JUS ASAM MAK JEMAH apabila syarikat Mak Jemah mendapat surat saman dari Syarikat A supaya Mak Jemah menghentikan penggunaan logo JUS ASAM MAK JEMAH atas produk beliau.

Soalan Mak Jemah kepada saya ialah "APA HAK SYARIKAT A UNTUK MEMINTA MAK JEMAH MENGHENTIKAN PENGGUNAAN LOGO JUS ASAM MAK JEMAH SEDANGKAN MAK JEMAH TELAH MENGGUNAKAN LOGO TERSEBUT SELAMA SETAHUN"

Dalam undang-undang harta intelek, kebanyakkan negara mengamalkan prinsip/ peraturan "FIRST TO FILE".

"FIRST TO FILE (FTF)"  bermaksud hak pendaftaran sesuatu harta intelek itu diberikan kepada individu/ syarikat/ pihak yang terdahulu memfailkan permohonan harta intelek tersebut bagi mendapatkan pendaftaran; tanpa mengambilkira tarikh mula penggunaan/ penciptaan harta intelek tersebut.

Prinsip FIRST TO FILE pada hari ini telah digunapakai oleh kebanyakkan negara termasuk USA. USA sebelum menggunakan prinsip FTF terlebih dahulu menggunakan prinsip FIRST TO INVENT. Selain USA, Canada dan Filipina juga merupakan negara yang sebelum ini menggunakan prinsip FIRST TO INVENT. Namun, ketiga-tiga negara ini telah menukarkan prinsip FIRST TO INVENT kepada FIRST TO FILE. Canada telah menggunapakai prinsip FTF pada tahun 1989, Filipina pada tahun 1998 dan USA adalah antara negara yang paling baru menggunapakai FTF iaitu bermula pada 16 Mac 2013.

Malaysia juga merupakan negara yang menggunapakai prinsip FIRST TO FILE. Jadi berbalik kpd kes Mak Jemah dan produk Jus Asam Mak Jemah. Memandangkan Malaysia menggunakan prinsip FTF tersebut, maka dalam kes ini sekiranya syarikat A terlebih dahulu memfailkan permohonan pendaftaran cap dagangan di PHIM, maka permohonan cap dagangan syarikat A tadi akan menggagalkan permohonan cap dagangan lain yang samada menyerupai atau seakan-akan menyerupai cap dagangan syarikat A dalam kelas produk/ servis yang sama (Saya akan terangkan tentang Kelas dalam post yang lain).

Jadi dalam kes ini, walaupun cap dagangan JUS ASAM MAK JEMAH telah digunakan oleh Mak Jemah sejak setahun yang lalu, namun kegagalan Mak Jemah untuk memohon pendaftaran cap dagangan tersebut di PHIM seawal mungkin sebelum pihak lain memohon atas cap dagangan yang sama atau seakan-akan sama,  telah memberikan peluang kepada syarikat lain untuk memonopoli harta intelek tersebut.

Dalam kes cap dagangan yang ditolak/ dibantah atas sebab menyerupai atau seakan-akan menyerupai dengan cap dagangan yang telah berdaftar, bukti penggunaan adalah tidak lagi memainkan peranan KECUALI cap dagangan yang ditolak itu terbukti sebagai "Well-Known Trade Mark" dibawah undang-undang.

Justeru, janganlah dipandang ringan kepada pendaftaran harta intelek. Tidak kiralah samada perniagaan anda baru bermula atau sudah membina jenama yang kukuh, tanpa perlindungan harta intelek, anda sebenarnya terdedah kepada satu peluang dijatuhkan oleh pihak ketiga yang lain. Selain dari itu, potensi pengkomersilan harta intelek juga amat sukar dilakukan sekiranya harta intelek anda tidak dilindungi. Tanpa perlindungan harta intelek, tanpa penjenamaan yang baik, jangan berani untuk bertanya tentang harga syarikat anda !! :)

Thursday, May 30, 2013

KEMANA ARAH TUJU PERNIAGAAN ANDA? KECIL, SEDANG2 ATAU BESAR HALA TUJUNYA?

Q: PERLU KE SAYA DAFTAR HARTA INTELEK SAYA? SAYA BARU MULA BERNIAGA, UNTUNG PUN TAK ADA LAGI. 

Soalan ini adalah antara soalan yang popular yang sering diajukan didalam PM FB saya dari kalangan usahawan.

Untuk menjawa soalan ini, anda perlu pula menjawab soalan saya di atas.. KEMANA ARAH TUJU PERNIAGAAN ANDA? KECIL, SEDANG2 ATAU BESAR HALA TUJUNYA?

Kalau jawapan anda ialah tetap kecil-kecilan, maka nasihat saya juga akan kecil, iaitu abaikan harta intelek anda. Tidak usah daftarkan trademark anda, jangan lindungi trade secret anda dan sebagainya. Berniaga itu sememangnya bukanlah mudah. Ianya mungkin pada sesetengah orang memerlukan modal yang besar (walaupon adakalanya ianya langsung tidak memerlukan modal pada sesetengah orang), memerlukan idea yang banyak untuk mencipta produk, menamakan produk, memasarkan produk dan sebagainya.

Kita adakan satu situasi yg seringkali terjadi dikalangan usahawan yang leka dengan kepentingan harta intelek.

SITUASI: Mak Jemah merupakan seorang usahawan di Melaka dari industri kecil sederhana, memulakan perniagaan dengan modal RM 2,000, membuat jus asam boi. Saat mahu memulakan perniagaan, Mak Jemah meminta nasihat suaminya dan anaknya untuk menamakan jus tersebut. Pada golongan usahawan mungkin sedar menamakan sesuatu produk itu sudah memakan sel-sel otak untuk berfikir demi mendapat nama yang komersial. Maka setelah 5 hari, maka mereka tiga beranak mendapat nama jus yang paling baik utk produk mereka iaitu JUS ASAM MAK JEMAH (nama ini berdasarkan sedikit survey yg saya jalankan dimana usahawan industri kecil selalu menamakan produk mereka dengan nama produk yang dijual dan nama sendiri). Mak Jemah sekeluarga pun kemudian membuat packaging dan memasarkan produk JUS ASAM MAK JEMAH ke kedai2 runcit berdekatan, letak di kedai makan selain memasarkan sendiri dari premis perniagaan mereka. Kemudian datang seorang yang celik harta intelek, menasihati Mak Jemah agar mendaftarkan trademark dan tradesecret Mak Jemah di Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Namun, jawapan Mak Jemah "alaaa, kami berniaga kecil-kecilan jer ni, tak perlu daftar pon. Tak ada orang nak tiru pun..."

Setelah setahun, pemasaran jus Mak Jemah makin baik, JUS ASAM MAK JEMAH dikenali di seluruh Melaka dan telah mula memasuki pasaran Johor dan Selangor. Namun tidak ada sesiapa pun dari syarikat Mak Jemah yang mengambil peduli tentang aspek harta intelek, semuanya sibuk dengan memasarkan produk.
Pada satu hari, ketika anak Mak Jemah menghantar stok ke beberapa kedai di Selangor, anak beliau terpandang satu produk minuman yang menggunakan trademark seakan-akan nama JUS ASAM MAK JEMAH dan packaging juga menggunakan warna yang hampir sama. Dan produk itu dihasilkan oleh sebuah syarikat A yang terletak di Kuala Lumpur. Tidak berapa lama kemudian, syarikat Mak Jemah mendapat surat dari syarikat A meminta syarikat Mak Jemah menghentikan penggunaan logo JUS ASAM MAK JEMAH; jika tidak saman akan dikeluarkan. Malangnya Mak Jemah langsung tidak mengendahkan dan terus menggunakan logo tersebut. 2 minggu kemudian, surat saman dikeluarkan kepada syarikat Mak Jemah.
Mak Jemah datang pd saya, dan mohon nasihat perundangan harta intelek dan alasan Mak Jemah ialah SYARIKAT MAK JEMAH DAH GUNA LOGO NI DAH SETAHUN PUAN NAZUHA. KENAPA MEREKA NAK KAMI BERHENTI? APA HAK MEREKA?

Saya akan terangkan apa hak mereka dan mengapa Mak Jemah perlu berhenti atau sekiranya Mak Jemah tidak mahu berhenti, apa perlu Mak Jemah lakukan dalam post seterusnya.

Tuesday, May 28, 2013

PERMOHONAN HARTA INTELEK BUKAN PENDAFTARAN


SITUASI:
P: Puan Nazuha, saya dah pernah dah apply trademark saya, jadi maksudnya dah berdaftar la kan? 
S: Bila Puan apply trademark tu? 
P: Entah lah, saya pon tak ingat dah Puan. Tapi saya pergi la isi borang semua di kaunter. 
S: Boleh bagi no permohonan tak? Saya boleh tolong check kan status permohonan Puan.
P: No permohonan apa yer? 

Situasi ini banyak terjadi dikalangan usahawan ataupun pemohon harta intelek( terutamanya trademark) yang memohon sendiri.

Semua komponen harta intelek samada paten, trademark, rekabentuk perindustrian dll mempunyai beberapa peringkat  dalam mendapatkan sijil pendaftaran. Untuk post ini, point yang paling penting yang ingin saya tegaskan ialah PERMOHONAN SEMATA-MATA BUKANLAH PENDAFTARAN. 

Setiap komponen harta intelek perlu dimohon terlebih dahulu. Sebagai contoh, kita ambil situasi Puan di atas. Dalam kes di atas, Puan ini telah memohon pendaftaran cap dagangan (trademark) dengan pergi ke Myipo dan mengisi borang permohonan iaitu borang TM5 dan perlu membayar RM 370 sebagai fee permohonan. Selepas pembayaran dibuat, pemohon akan mendapat satu salinan TM 5 tersebut bersama dengan nombor permohonan. Kemudian Puan itu pulang ke rumah/ tempat perniagaan dan terus berniaga seperti biasa menggunakan trademark yang telah dimohon pendaftaran tadi.

Persoalannya: Apa terjadi dengan permohonan tadi? Adakah permohonan tadi telah memberi hak pendaftaran cap dagangan kepada Puan tersebut?

Jawapannya : TIDAK !! 

Setiap permohonan harta intelek perlu melalui beberapa peringkat pemeriksaan yang berbeza sebelum ianya diberi pendaftaran. Antara peringkat pemeriksaan utk trademark adalah pemeriksaan formaliti dan pemeriksaan penuh sebelum pihak Myipo mengeluarkan samada surat penerimaan atau surat bantahan. 

Jadi, kepada semua pemohon pendaftaran harta intelek, periksa dimana permohonan anda sedang bertapak. PERMOHONAN HANYALAH PERMOHONAN. IA TIDAK AKAN DIKIRA SEBAGAI PENDAFTARAN SELAGI ANDA BELUM MENERIMA SIJIL PENDAFTARAN . 

UNITED STATES OF AMERICA : FACTS OF PATENT

US patent facts   

  • More than half of all US patent applications originate from outside the country
  • Only 2.5% of small businesses in the US report any patenting activity, including filing patents or purchasing them from others
  • A US patent only protects intellectual property within the US
  • The US Patent and Trademark Office employs 7,800 examiners to review patent applications every day - but there's still a backlog
Source: USPTO

PECAHAN HARTA INTELEK : PATEN




Q: Pernah tak anda dengar atau anda sendiri yang berkata "SAYA ADA PRODUK LA, CEMANA NAK PATEN KAN EH?" atau orang cakap kat anda "EH, PRODUK KO NI KENA PATEN NI..." . (Kelas kauuu jahhhh soalan dan statement itu.  :p)


Ayat begitu seringkali didengari di kalangan usahawan. Salah atau benar statement sebegitu? Mari saya jelaskan. 

Pertama sekali kita perlu mengetahui apa itu Paten? 

Q: Apa itu PATEN?

Paten adalah satu hak eksklusif yang dianugerahkan oleh pihak kerajaan untuk suatu rekacipta/ ciptaan baru (new invention) sama ada ia adalah satu produk atau satu proses

Q: Apa itu rekacipta/ ciptaan dalam konsep PATEN? 

Rekacipta/ciptaan di sini merujuk kepada idea yang dihasilkan oleh perekacipta/ pencipta yang mana ciptaan beliau tadi membenarkan satu cara baru dalam menghasilkan sesuatu atau penyelesaian teknikal kepada satu masalah didalam bidang teknologi tertentu. Dan rekabentuk tersebut boleh didalam bentuk :

- Produk;
- Proses.

 Q: Bagaimana sesuatu rekacipta/ ciptaan itu layak mendapat PATEN?

Untuk sesuatu rekacipta/ ciptaan itu mendapat perlindungan Paten, rekacipta/ ciptaan tersebut mestilah memenuhi kriteria- kriteria yang dinyatakan didalam Seksyen 11 Akta Paten 1983. Rekacipta/ ciptaan tersebut mestilah:

1- baru (new / novel);
2- mempunyai langkah merekacipta (involve inventive step);
3- boleh digunapakai dalam industri (industrially applicable). 

Jadi, berdasarkan sedikit penjelasan di atas, betul atau tak statement Mak Jah tadi tu tentang paten? :)




PECAHAN HARTA INTELEK



Q: Saya sudah faham definasi harta intelek. Tapi, adakah semua idea atau maklumat boleh memohon pendaftaran harta intelek.

Sepertimana yang dibincangkan dalam post lepas, harta intelek merujuk kepada hasil ciptaan minda manusia. Ya, minda manusia mempunyai pelbagai jenis idea. Justeru, idea bagaimana yang melayakkan seseorang memohon dan mendapat pendaftaran harta intelek?

Bagi menjawab pertanyaan tersebut, untuk lebih memudahkan pemahaman anda semua, saya ingin menjelaskan tentang pecahan harta intelek. Harta intelek itu boleh dibahagikan kepada lima (5) jenis:

1) Paten;
2) Pembaharuan Utiliti;
3) Cap Dagangan;
4) Rekabentuk Industri;
5) Hakcipta;
6) Petunjuk Geografi;
7) Rekabentuk Susunatur Bersepadu.

Setiap jenis harta intelek diatas mempunyai kriteria yang berbeza-beza, tempoh perlindungan yang berbeza, kegunaan yang berbeza mengikut industri yang berbeza.