Thursday, May 30, 2013

KEMANA ARAH TUJU PERNIAGAAN ANDA? KECIL, SEDANG2 ATAU BESAR HALA TUJUNYA?

Q: PERLU KE SAYA DAFTAR HARTA INTELEK SAYA? SAYA BARU MULA BERNIAGA, UNTUNG PUN TAK ADA LAGI. 

Soalan ini adalah antara soalan yang popular yang sering diajukan didalam PM FB saya dari kalangan usahawan.

Untuk menjawa soalan ini, anda perlu pula menjawab soalan saya di atas.. KEMANA ARAH TUJU PERNIAGAAN ANDA? KECIL, SEDANG2 ATAU BESAR HALA TUJUNYA?

Kalau jawapan anda ialah tetap kecil-kecilan, maka nasihat saya juga akan kecil, iaitu abaikan harta intelek anda. Tidak usah daftarkan trademark anda, jangan lindungi trade secret anda dan sebagainya. Berniaga itu sememangnya bukanlah mudah. Ianya mungkin pada sesetengah orang memerlukan modal yang besar (walaupon adakalanya ianya langsung tidak memerlukan modal pada sesetengah orang), memerlukan idea yang banyak untuk mencipta produk, menamakan produk, memasarkan produk dan sebagainya.

Kita adakan satu situasi yg seringkali terjadi dikalangan usahawan yang leka dengan kepentingan harta intelek.

SITUASI: Mak Jemah merupakan seorang usahawan di Melaka dari industri kecil sederhana, memulakan perniagaan dengan modal RM 2,000, membuat jus asam boi. Saat mahu memulakan perniagaan, Mak Jemah meminta nasihat suaminya dan anaknya untuk menamakan jus tersebut. Pada golongan usahawan mungkin sedar menamakan sesuatu produk itu sudah memakan sel-sel otak untuk berfikir demi mendapat nama yang komersial. Maka setelah 5 hari, maka mereka tiga beranak mendapat nama jus yang paling baik utk produk mereka iaitu JUS ASAM MAK JEMAH (nama ini berdasarkan sedikit survey yg saya jalankan dimana usahawan industri kecil selalu menamakan produk mereka dengan nama produk yang dijual dan nama sendiri). Mak Jemah sekeluarga pun kemudian membuat packaging dan memasarkan produk JUS ASAM MAK JEMAH ke kedai2 runcit berdekatan, letak di kedai makan selain memasarkan sendiri dari premis perniagaan mereka. Kemudian datang seorang yang celik harta intelek, menasihati Mak Jemah agar mendaftarkan trademark dan tradesecret Mak Jemah di Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Namun, jawapan Mak Jemah "alaaa, kami berniaga kecil-kecilan jer ni, tak perlu daftar pon. Tak ada orang nak tiru pun..."

Setelah setahun, pemasaran jus Mak Jemah makin baik, JUS ASAM MAK JEMAH dikenali di seluruh Melaka dan telah mula memasuki pasaran Johor dan Selangor. Namun tidak ada sesiapa pun dari syarikat Mak Jemah yang mengambil peduli tentang aspek harta intelek, semuanya sibuk dengan memasarkan produk.
Pada satu hari, ketika anak Mak Jemah menghantar stok ke beberapa kedai di Selangor, anak beliau terpandang satu produk minuman yang menggunakan trademark seakan-akan nama JUS ASAM MAK JEMAH dan packaging juga menggunakan warna yang hampir sama. Dan produk itu dihasilkan oleh sebuah syarikat A yang terletak di Kuala Lumpur. Tidak berapa lama kemudian, syarikat Mak Jemah mendapat surat dari syarikat A meminta syarikat Mak Jemah menghentikan penggunaan logo JUS ASAM MAK JEMAH; jika tidak saman akan dikeluarkan. Malangnya Mak Jemah langsung tidak mengendahkan dan terus menggunakan logo tersebut. 2 minggu kemudian, surat saman dikeluarkan kepada syarikat Mak Jemah.
Mak Jemah datang pd saya, dan mohon nasihat perundangan harta intelek dan alasan Mak Jemah ialah SYARIKAT MAK JEMAH DAH GUNA LOGO NI DAH SETAHUN PUAN NAZUHA. KENAPA MEREKA NAK KAMI BERHENTI? APA HAK MEREKA?

Saya akan terangkan apa hak mereka dan mengapa Mak Jemah perlu berhenti atau sekiranya Mak Jemah tidak mahu berhenti, apa perlu Mak Jemah lakukan dalam post seterusnya.

No comments:

Post a Comment